THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Kenapa Lambat

Kenapa lari rumah?

a comic strip!

Tuesday, January 27, 2009

Erti Persahabatan

Sahabat yang baik ialah sahabat yang tidak menghilangkan diri ataupun melarikan diri jika sahabatnya mempunyai masalah.
Pershahabatan yang baik jika sahabatnya akan selalu bersama-sama sahabat karibnya walaupun dia mempunyai masalah
ataupun dalam kesedihan dan juga sedang gembira.Sahabat yang baik akan memberikan nasihat kepada sahabatnya jika beliau sedang
dalam kesulitan.Erti persahabatan mempunyai beribu makna.Ini adalah beberapa contoh untuk menerangkan apa itu erti persahabatan.

Contohnya sahabat bernama Nora dan Rita.Mereka adalah teman baik.Mereka selalu dijumpai bersama-sama ketika di sekolah.
Di sekolah mereka akan berduduk di kantin atau kelas bersama-sama,bermakan dan juga balik dari sekolah bersama-sama.
Nora dan Rita bertolong satu sama jikalau ada masalah.Seperti suatu hari ,guru melayu mereka telah memberi kerja sekolah yang
dikehendaki membuat mengguna komputer.Nora tidak mempunyai Komputer sendiri.Rita, kawan baik Nora menpunyai komputer,dia menyuruh
Nora ke tempatnya untuk membuat kerja rumah yang diberi.

Lagi satu contoh mengenai erti persahabatan.Ibu Rita tidak memberi wang jajan sekolah kerana dia bertengkar dengan ibunya.
Kebetulan,petang itu Rita akan bertanding bola keranjang dengan pasukan lain.Nora yang begitu rapat dengan Rita,meminjamkan
sedikit wang untuk Rita supaya Rita tidak kelaparan.


Lagi satu contoh yang dapat saya menceritakan ialah,Alif dan Fila juga seperti Rita dan Nora,mereka adalah sahabat
baik sejak kecil lagi.Suatu hari Alif dan Fila ke kedai runcit berdekataan dengan sekolah mereka.Fila terasa ingin makan
ais krim oren yang enak sekali baginya.Fila terus mengambil wang dari poket kanannya lalu membayarnya dengan senyuman
yang lebar.Alif pula terasa nafsu sekali ingin memakan ais krim tersebut.Kebetulan Fila tidak mempunyai wang lebihan untuk
meminjamkan Alif.Fila mengambil keputusan untuk berbagi ais krimnya dengan Alif.


Begitulah tindakan yang boleh seorang sahabat yang baik dapat melakukan.Semua orang mempunyai teman baik.
Kita harus menilai seseorang dengan menghargainya.Kita harus menghargainya dengan memahami latar belakangnya.
Dari itu saya akan menamatkan karangan ini dengan contoh-contoh yang diberikan tadi.

0 comments: