THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Kenapa Lambat

Kenapa lari rumah?

a comic strip!

Sunday, August 10, 2008

Cara-cara menjadi pengguna internet yang bertanggungjawab

Cara-cara menjadi pengguna internet yang bertanggungjawab

Kita mengguna internet untuk pelbagai perkara seperti bermain permainan di internet ,blogging,e-mel ,bernonton video ,melihat gambar ,mendengar lagu-lagu dan juga membuat kajian sekolah.Tetapi internet ada harus dan yang tidak harus dibuat dalam internet untuk menjadi pengguna internet yang bertanggungjawab.

Sebagai Pengguna internet yang bertanggungjawab kita harus melatih pelbagai cara-cara,seperti menguna internet dan ke lelaman yang sesuai untuk usia kita.Kita tidak harus ke lelaman orang dewasa,kerana ia tidak sesuai untuk kita yang muda.Kita mengguna internet untuk belajar atau untuk mencari informasi yang kita perlu.Informasi untuk kajian sekolah untuk pelbagai mata pelajaran.Kita juga mengguna internet untuk blogging bersama sekolah atau dengan kawan ataupun membuat kerja sekolah di internet seperti kajian sekolah.Kita boleh menyuruh Cikgu untuk memberi kerja sekolah lalui internet.Kita juga boleh bermain permainan yang sah.Ini adalah pelbagai cara kita harus mengguna internet yang bertanggungjawab.

Sebagai pengguna internet yang betanggungjawab,kita juga tidak harus membuat pelbagai perkara di internet seperti ke lelaman yang tidak sesuai seperti ke lelaman lucah dan menengak video lucah.Cara ini jarang di buat oleh pengguna internet.Di internet terdapat video dan gambar-gambar dan juga lelaman yang lucah.Lelaman-lelaman, video dan gambar ini semua tidak sesuai untuk kita sebagai remaja .Kita tidak harus memberi maklumat kita kepada sesiapa di internet.Di internet ada terdapatn ramai orang yang kita tidak kenal.Ada yang antara mereka yang akan membuat perkara yang tidak baik dengan maklumat yang kita memberi mereka.Kita gemar berbual di internet dengan orang yang kita tidak kenal.Ini adalah perkara yang tidak bagus.Kita juga gemar muatturun video-video atau lagu-lagu dan juga permainan internet tanpa izin.Kita tidak harus menghina orang melalui internet untuk mengsebarkan gambar-gambar atu gambar-gambar lucah di blog atu di msn9talian sembang0.Kita juga tidak harus menceroboh ke dalam account orang dengan tanpa izin.Dan juga kita tidak harusbermain permainan yang tidak baik seperti judi di internet.Ini adalah cara-cara kita tidak harus lakukan untuk menjadi pengguna internet yang bertanggunjawab.

Ini adalah cara-cara yang harus dan tidak harus kita membuat untuk menjadi pengguna internet yang bertanggungjawab.

Sunday, July 6, 2008

Permainan tradisional-Batu Seremban/entri 8

Mati PermainanSekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya.
Permainan Batu Seremban amat gemar di main orang.

Permainan tradisional-Batu Seremban/entri 7

Menimbang

Setelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya.
Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula, buah satu dan seterusnya sehingga mati.

Permainan tradisional-Batu Seremban/entri 6

Buah Lima

Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja.

Buah Enam

Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai, sehingga selesai.

Buah Tujuh

Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementera itu sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkah hendaklah juga disambut.

Permainan tradisional-Batu Seremban/entri 5

Buah Dua

Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan.

Buah Tiga

Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak.

Buah Empat

Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan.

Permainan tradisional-Batu Seremban/entri 4

Buah Satu

Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai, berkeadaan buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan keudara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada diudara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut.

Permainan tradisional-Batu Seremban/entri 3

Cara Bermain

Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Permainan tradisional-Batu Seremban/entri 2

Menentukan Giliran

Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung keudara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata

Permainan tradisional-Batu Seremban/entri 1

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.
Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.
Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan.



Permainan Tradisional-Congkak /entry 6

Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.
Congkak adalah permainan yang amat gemar bagi orang-orang melayu yang muda ataupun yang tua untuk bermain.

Permainan Tradisional-Congkak /entry 5

Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.

Permainan Tradisional-Congkak /entry 4

Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut.

Permainan Tradisional-Congkak /entry 3

Dari kajian saya,Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak biasanya diperbuat daripada batang pokok kayu besar yang diukir seperti perahu. Disebelah hujungnya diukir bentuk kepala pelbagai haiwan seperti burung manakala dibahagian badan papan diukir dengan pelbagai ukiran Melayu. Lubang sebesar 9sm. garis pusat dan 7sm. dalam ditebuk atas permukaan papan tersebut. Sekiranya permainan congkak di tanah, lubang digali dan kemudian diletak tempurung kelapa supaya tangan tidak kotor terkena tanah.Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain yang disebut kampung. Pada penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar dan dalam dinamakan rumah. Jumlah kampung yang biasa terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau sembilan sebaris. Kampung-kampung ini diisikan dengan buah congkak sama banyak.

Permainan Tradisional-Congkak /entry 2


Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak.Saya cadangkan untuk juga mengunakan biji getah, biji guli dan lain-lain. Di utara semenanjung ianya dipanggil juga Jongkok.Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu.

Permainan tradisional-Congkak /entry 1

Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan. Saya telah memilih Congkak dan Batu seremban sebagai permainan tradisional melayu.


http://malaysiana.pnm.my/03/0305congkak.htm

Monday, June 30, 2008

Pertandingan Blogging 2008-Permainan Tradisional

Perasaan & Reaksi

Topic Pemainan tradisional ialah topik yang amat sukar bagi saya.Tetapi topik ini dapat membuat kaum melayu lebih memahi Permainan Tradisional melayu. Dengan cara begini, saya sebagai orang melayu, akan mengambil bahagian dalam pertandingan ini.Saya tertanya-tanya pada diri saya agak bagai mana saya hendak mula membuat tentang permainan tradisional melayu,kerana topik ini amat sukar dan membingungkan pada saya.