THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Kenapa Lambat

Kenapa lari rumah?

a comic strip!

Wednesday, February 11, 2009

Melestarikan budaya warisan bangsa

Remaja hari ini masih ingin mengekalkan budaya warisan bangsa melayu mereka.
Berikan pendapat kamu.
Budaya itu merupakan kata jamak bagi budi pekerti dan akal .Warisan pula merupakan peninggalan yang diturunkan daripada generasi yang terdahulu sesebuah bangsa.Esei ini akan membincangkan bagaimana budaya itu dapat dikekalkan.Budaya yang akan diketengahkan dari segi kesenian,peradaban dan bahasa.
Dari segi tekstil, kita ada songket merupakan sejenis kain yang biasanya ditenun tangan, dan mempunyai corak rumit benang emas atau perak. Perkataan songket bermaksud membawa keluar atau menarik benang daripada kain atau menenun menggunakan benang emas dan perak. Corak dan motifnya memaparkan ciri-ciri unik identiti orang Melayu dan sekali gus mencerminkan cita rasa budaya bangsa yang mekar dalam persekitaran yang kaya dengan keindahan dan keunikan. Antara corak yang digunakan ,susunan bunga penuh, susunan bunga bertabur,susunan bercorak. Motif yang digunakan pula adalah seperti motif tumbuh-tumbuhan, motif binatang,motif alam/benda,motif kuih.
Dari segi tekstil juga kita ada Batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik. Batik terdapat dalam pelbagai bentuk, antaranya adalah batik tulis, batik skrin, batik celup, dan batik terap.Batik adalah kemahiran yang memiliki nilai seni tinggi dan telah menjadi sebahagian dari budaya dunia terutama di alam Melayu dan khususnya Jawa.
Pada pendapat saya,budaya melayu rajin dan juga ada potensi untuk memberikan pelbagai tekstil untuk batik dan kain songket.Budaya ini masih boleh dipastikan dalam budaya melayu.
Di segi Peradaban kita ada Pantang larang,orang Melayu tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.kita juga ada hormat-menghormati dalam segi peradaban, Menurut adat resam Melayu, semua ahli keluarga, khususnya anak-anak, terikat secara ketat supaya menghormati ibu bapa mereka sebagai ketua keluarga serta juga orang yang menyara dan membesarkan mereka. Oleh itu, kesetiaan dan kepatuhan yang tidak dapat dipersoalkan harus diberikan kepada mereka, dengan semua rasa hormat yang patut diberikan ditunjukkan dalam segala perbuatan dan tingkah laku sehari-hari. Umpamanya, apabila seorang anak disuruh oleh ibu atau bapanya, dia harus menghadirkan diri dengan secepat mungkin.
Dan yang ke akhirnya,dari segi bahasa,kita ada Puisi Banyak daripada puisi Melayu tergolong dalam genre tradisional yang muncul dalam zaman sebelum berkembangnya tradisi tulisan pencetakan. Puisi dalam Bahasa Melayu larut dalam jiwa masyarakat Melayu tidak hanya sebagai satu hasil kesenian, tetapi juga mengjangkau alam mistik, berperanan sebagai wadah pemeliharaan adat, pembinaan sahsiah, pengajaran agama, pengajaran ilmu pengasih, pertahanan, hiburan, dan kepercayaan.Dan juga dari seni pantun, Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya.Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun.Bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya.
Walaupun,bukan semua remaja yang mengikut budaya kesenian,peradaban dan bahasa.Ada juga remaja melayu yang mengikut seni-seni seperti ini.