Nadya yang berumur 28 sedang duduk di sofa yang terletak di dewan rumahnya,dia termenung melihat sepatu merah yang berada di atas tempat kasut yang terletak di sebelah pintu rumahnya.Dia teringat kembali kemalangan di sebalik sepatu merah itu,yang dia tidak dapat di lupakan.
Nadya baru habis kerja,dia kerja sebagai guru di tadika.Dia sedang berjalan sambil melihat-lihat benda-benda di kedai sekelilingnya.Sedang dia melihat,dia ternampak sepasang sepatu merah disebuah kedai belakang tembok kaca.Dia tertarik dengan sepatu tersebut ,lalu berdekatan ke tembok kaca untuk memastikan harga sepatu merah itu.Dia terasa sedih setelah melihat harga sepatu merah kerana harganya amat mahal,dia pun tidak cukup wang untuk membeli sepatu merah itu.Nadya pun membuat keputusan untuk mengumpul wang untuk membeli sepatu merah itu.
Selepas dua minggu mengumpul wang,dengan semangat Nadya ke kedai sepatu merah yang dia hendak lama membeli.Setelah ke kedai tersebut,dia mencari sepatu merah di tembok kaca kedai itu,tetapi tidak dijumpai.Dia lalu ke dalam kedai untuk bertanya tentang sepatu merah itu.Pembantu kedai memberitahu Nadya bahawa sepatu merah itu sudah di beli oleh seorang jejaka.Dengan hati kecewa ,Nadya pun balik ke rumah.
Telefon bimbit Nadya berbunyi ,lalu dia melihat caller ID nya,nama Nizam terbelik-belik di telefon bimbit.Nizam bersuka dengan Nadya dari di sekolah menengah.Nadya tidak bersedia untuk perhubungan ini,Nizam memberitahu Nadya bahawa dia akan menunggu untuk Nadya bila dia sudah sedia untuk berhubungan ini.Nadya menjawab telefon yang berbunyi lalu Nizam memberitahunya Nadya bahawa Nizam hendak berjumpa Nadya dan memberinya sesuatu.Nadya pun bersetuju untuk berjumpa.Mereka berjumpa di sebuah taman.Nizam lalu menghulurkan kotak kasut.Ia merupakan kotak kasut.Nadya lalu membuka kotak dan dia merasa sangat gembira bila ternampak sepatu merah yang kegemaran dia di dalam kotak tersebut.Dari itu Nizam memberitahu Nadya bahawanya bahawa dia masih mencintai Nadya.Nadya pun bersetuju untuk mencintai Nizam.
Thursday, January 29, 2009
Sepatu Merah
Posted by bb2008-aisha at 6:03 PM 0 comments
Tuesday, January 27, 2009
Erti Persahabatan
Sahabat yang baik ialah sahabat yang tidak menghilangkan diri ataupun melarikan diri jika sahabatnya mempunyai masalah.
Pershahabatan yang baik jika sahabatnya akan selalu bersama-sama sahabat karibnya walaupun dia mempunyai masalah
ataupun dalam kesedihan dan juga sedang gembira.Sahabat yang baik akan memberikan nasihat kepada sahabatnya jika beliau sedang
dalam kesulitan.Erti persahabatan mempunyai beribu makna.Ini adalah beberapa contoh untuk menerangkan apa itu erti persahabatan.
Contohnya sahabat bernama Nora dan Rita.Mereka adalah teman baik.Mereka selalu dijumpai bersama-sama ketika di sekolah.
Di sekolah mereka akan berduduk di kantin atau kelas bersama-sama,bermakan dan juga balik dari sekolah bersama-sama.
Nora dan Rita bertolong satu sama jikalau ada masalah.Seperti suatu hari ,guru melayu mereka telah memberi kerja sekolah yang
dikehendaki membuat mengguna komputer.Nora tidak mempunyai Komputer sendiri.Rita, kawan baik Nora menpunyai komputer,dia menyuruh
Nora ke tempatnya untuk membuat kerja rumah yang diberi.
Lagi satu contoh mengenai erti persahabatan.Ibu Rita tidak memberi wang jajan sekolah kerana dia bertengkar dengan ibunya.
Kebetulan,petang itu Rita akan bertanding bola keranjang dengan pasukan lain.Nora yang begitu rapat dengan Rita,meminjamkan
sedikit wang untuk Rita supaya Rita tidak kelaparan.
Lagi satu contoh yang dapat saya menceritakan ialah,Alif dan Fila juga seperti Rita dan Nora,mereka adalah sahabat
baik sejak kecil lagi.Suatu hari Alif dan Fila ke kedai runcit berdekataan dengan sekolah mereka.Fila terasa ingin makan
ais krim oren yang enak sekali baginya.Fila terus mengambil wang dari poket kanannya lalu membayarnya dengan senyuman
yang lebar.Alif pula terasa nafsu sekali ingin memakan ais krim tersebut.Kebetulan Fila tidak mempunyai wang lebihan untuk
meminjamkan Alif.Fila mengambil keputusan untuk berbagi ais krimnya dengan Alif.
Begitulah tindakan yang boleh seorang sahabat yang baik dapat melakukan.Semua orang mempunyai teman baik.
Kita harus menilai seseorang dengan menghargainya.Kita harus menghargainya dengan memahami latar belakangnya.
Dari itu saya akan menamatkan karangan ini dengan contoh-contoh yang diberikan tadi.
Posted by bb2008-aisha at 3:03 PM 0 comments